03 November 2012

Petua Masakan Sedap




Hari ni saya cuma nak perturunkan petua memasak pada sesiapa yg baru nak belajar masak... maklumlah memasak ni sesuatu yg nampak senang tetapi agak rumit juga bagi sesetengah orang. Kalau kena gayanya org akan terkenang2 masakan kita... kalau  tidak kena gaya pulak asyik jadi bahan sindiran dan kutukanlah pulak... Petua memasak ni bukannya susah sangat yg penting ada niat nak masak ...kalau tiada niat tak payahlah buang masa nak masak.




Orang melayu sebenarnya kalau masak mana ada sukatan semua pakai campak aje... tu baru  original ... kalau kita msak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yg kita msak mesti sedap. Kekadang resepi yg dimasak ikut resepinya pun tak rasa sedap bukannya apa sebab kekadang kita masak kerana terpaksa...dengan muka yg masam macam cuka... mana nak sedap. Bagi kita orang Islam, memasak juga ada adabnya.... semua benda yang dibasuh/dicuci perlu diiringi dengan selawat supaya semua benda yg hendak dimasak selain drp bersih, kesuciannya juga perlu. Niat dlm hati supaya apa yg dimasak menjadi dan disukai semua. Masak utk keluarga pula mestilah disertai dgn kasih-sayang. Jika niat kita elok Insya Allah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau tak caye cubalah petua ni. :)







28 Oktober 2012

Petua Sakit Gigi



Assalamualaikum..Hari ni masuk hari ketiga kita menyambut Hari Raya Korban. Sudah pasti banyak kenduri korban di tempat anda. Kadang-kala ada di antara kita yang menghadapi masalah sakit gigi apabila makan daging dan memang menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.




27 Oktober 2012

Petua Melembutkan Daging

Salam Aidil Adha. Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah:

1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

3. Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.


5. Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.

6.Masukkan sudu besi ke dalam air rebusan daging dan biarkan sehingga lembut. 



7.Tambahkan sedikit gula batu ke dalam rebusan daging.

24 Oktober 2012

Petua Melebatkan Rambut


Assalamualaikum semua, hari ini 9 Zulhijah 1433, selamat berpuasa sunat Arafah bagi yang berpuasa pada hari ini. Baiklah hari ni saya nak kongsi petua melebatkan rambut. Saya ada lima petua atau lima cara untuk melebatkan rambut. Selain dari korang pergi Yun Nam Hair Care. Korang leh la cuba petua ni.


Petua pertama:
Korang ambil batang dan daun muda setawar putih. Korang basuh daun tu bersih-bersih pastu ditumbuk halus. Bukan blend yea. Kemudian korang embunkan semalaman. Esok pagi sapu kat kepala dan biarkan ia kat kepala selama sejam. Lepas tu baru bersihkan.

Petua kedua:
Korang  ambil  daun lidah jin pastu  ambil  cecair dari daun tersebut pastu sapu ke kepala. Biarkan dalam 10-15 minit, selepas itu bilas dengan air.

Petua ketiga:
Korang  ambil  daun bunga raya, ditumbuk lumat. Pastu disapukan pada rambut.

Petua keempat:
Korang  ambil  daun keembung dan direbus hingga mendidih. Lepas tu korang tapis dan airnya dibiarkan sejuk. Sapu kat kepala dan biarkan selama 15 minit dan bilas.

Petua kelima:
Ambil daun labu kayu. Korang rebus sampai mendidih. Bila dah sejuk, korang tapis dan basahkan rambut guna air rebusan tu. Biarkan dalam 10-15 minit. Bilas.
Jangan lupa baca bismillah dan selawat. Dengan izin Allah rambut anda akan lebat. Selamat Mencuba!.