Petua Masakan Sedap
Hari ni saya cuma nak perturunkan petua memasak pada sesiapa
yg baru nak belajar masak... maklumlah memasak ni sesuatu yg nampak senang tetapi
agak rumit juga bagi sesetengah orang. Kalau kena gayanya org akan terkenang2
masakan kita... kalau tidak kena gaya
pulak asyik jadi bahan sindiran dan kutukanlah pulak... Petua memasak ni
bukannya susah sangat yg penting ada niat nak masak ...kalau tiada niat tak payahlah
buang masa nak masak.
Orang melayu sebenarnya kalau masak mana ada sukatan semua
pakai campak aje... tu baru original ...
kalau kita msak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yg
kita msak mesti sedap. Kekadang resepi yg dimasak ikut resepinya pun tak rasa
sedap bukannya apa sebab kekadang kita masak kerana terpaksa...dengan muka
yg masam macam cuka... mana nak sedap. Bagi kita orang Islam, memasak juga ada
adabnya.... semua benda yang dibasuh/dicuci perlu diiringi dengan selawat
supaya semua benda yg hendak dimasak selain drp bersih, kesuciannya juga perlu.
Niat dlm hati supaya apa yg dimasak menjadi dan disukai semua. Masak utk
keluarga pula mestilah disertai dgn kasih-sayang. Jika niat kita elok Insya
Allah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau tak caye cubalah petua ni. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan