Assalamualaikum...dah lama rasanya tak update blog nie..Rasanya ramai yang masih dalam "mood" cuti iaitu cuti penggal persekolahan dan esok merupakan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Sudah pasti ada yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga tercinta. Baiklah petua saya kali ini berkait dengan hati iaitu petua mengubati hati (merajuk)..

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan, golongan tua mahupun muda. Orang yang besar atau pun
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila hilang rasa diri hamba, kita akan merasakan yang diri kita ini tuan. Sebagai tuan, kita perlu dimuliakan. Kata-kata kita perlu didengari dan dikotakan.Sebenarnya, hati kita marah kerana tidak diberi perhatian. Mungkin kerana malu/tidak ada kuasa/beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang tidak baik,maka marah kita tidak dilepaskan.Sebaliknya, kita mengalihkan marah kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang kita sebenarnya marah walaupun kita sekadar mendiamkan diri sahaja.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang".(Q.S 19 Maryam: 96)
Mengapa merajuk?
Kita dapat lihat situasi orang merajuk kerana berkecil hati
orang lain tidak mengindahkan kita. Sama ada orang tidak memuliakan kita dengan
memberikan kita satu kedudukan/tempat yang istimewa/tidak menerima
pandangann/tidak menunaikan permintaan kita.

Siapa
yang mudah dihinggapi penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan, golongan tua mahupun muda. Orang yang besar atau pun
kecil. Anak boleh merajuk
dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.
Punca
merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila hilang rasa diri hamba, kita akan merasakan yang diri kita ini tuan. Sebagai tuan, kita perlu dimuliakan. Kata-kata kita perlu didengari dan dikotakan.Sebenarnya, hati kita marah kerana tidak diberi perhatian. Mungkin kerana malu/tidak ada kuasa/beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang tidak baik,maka marah kita tidak dilepaskan.Sebaliknya, kita mengalihkan marah kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang kita sebenarnya marah walaupun kita sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Kita sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau kita tidak bertaubat atas dosa kita ini, sudah pasti kita akan dihukum di akhirat kelak.
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.
Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.
Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?
Kalau Tuhan tidak izinkan
perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke
atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.Sifat
kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak
berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa
sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita,
memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang".(Q.S 19 Maryam: 96)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan