03 Oktober 2013

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

§  Wahai anakku !  Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

§  Wahai anakku !  Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

§  Wahai anakku !  Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.  Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

§  Wahai anakku !  Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu.  Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

§  Wahai anakku !  Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.  Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.  Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

§  Wahai anakku !  Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

§  Wahai anakku !  Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja.  Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

§  Wahai anakku !  Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

§  Wahai anakku !  Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia.  Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

§  Wahai anakku !  Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya.  Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

§  Wahai anakku !  Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya.  Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

§  Wahai anakku !  Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. 

§  Wahai anakku !  Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.  Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.



  • Wahai anakku !  Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
§  Wahai anakku !  Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.  Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


§  Wahai anakku !  Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.  Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.  Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.


§  Wahai anakku !  Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.  Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


§  Wahai anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

17 September 2013

Ujian Allah SWT sebagai TARBIAH..

 Jangan hidup untuk mendapat pujian manusia

1)Kenapa aku diuji Ya Allah... Aku kan dah beriman dan taat kepadaMu..
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan ? Apa yang aku nak tak dapat, apa yang tidak ku pinta, itulah yang ku dapat ...
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah : 216)

3) Ya Allah, kadang-kadang aku kecewa Ya Allah... aku ini lemah Ya Allah...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Ali-Imran : 139)

4) Ya Allah, bagaimana aku dapat menghadapi semua ujian Mu ini ? Bagaimana ya Allah ...
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di    perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
(Surah Ali Imran : 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Surah Al-Baqarah : 45)

5) Sampai bila aku akan harus menerima ujian ini dari Mu Ya Allah ...kenapa sulit dan sukar untuk menyelesaikannya?
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah : 5 dan 6)

6). Kepada siapalah yang dapat aku harapkan dalam menghadapi semua ujian Mu Ya Allah...
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.
(Surah At-Taubah : 129)

7) Apalah yang aku peroleh dari semua ujian Mu ini Ya Allah... Adakah ujian Mu ini ada kebaikannya untukku atau hanya sia-sia sahaja ...
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah : 111)


Terima kasih Ya Allah.. Engkau telah menjawab segala persoalanku dan aku percaya dan berpegang pada janjiMu. Aku beriltizam untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa. Dan aku juga redha dan sabar menerima segala ujian dari Mu Ya Allah...


05 September 2013

CARA-CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

      Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).  

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

BERNIAT
Orang yang hendak melakukan sujud sahwi perlulah berniat melakukannya.

       DI HUJUNG SOLAT
Ia hendaklah dilakukan di hujung solat sebelum salam.

       TEMPOH SELEPAS SOLAT
Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.

Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi.

      ANGGARAN TEMPOH
Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

       BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



Tutorial Sujud Sahwi Dalam Solat


31 Mei 2013

Petua Mengubati hati (merajuk)

Assalamualaikum...dah lama rasanya tak update blog nie..Rasanya ramai yang masih dalam "mood" cuti iaitu cuti penggal persekolahan dan esok merupakan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Sudah pasti ada yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga tercinta. Baiklah petua saya kali ini berkait dengan hati iaitu petua mengubati hati (merajuk)..




Mengapa merajuk?

Kita dapat lihat situasi orang merajuk kerana berkecil hati orang lain tidak mengindahkan kita. Sama ada orang tidak memuliakan kita dengan memberikan kita satu kedudukan/tempat yang istimewa/tidak menerima pandangann/tidak menunaikan permintaan kita.







Siapa yang mudah dihinggapi penyakit merajuk?


Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan, golongan tua mahupun muda. Orang yang besar atau pun 
kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.




Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila hilang rasa diri hamba, kita akan merasakan yang diri kita ini tuan. Sebagai tuan, kita perlu dimuliakan. Kata-kata kita perlu didengari dan dikotakan.Sebenarnya, hati kita marah kerana tidak diberi perhatian. Mungkin kerana malu/tidak ada kuasa/beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang tidak baik,maka marah kita tidak dilepaskan.Sebaliknya, kita mengalihkan marah kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang kita sebenarnya marah walaupun kita sekadar mendiamkan diri sahaja.







Apakah merajuk lebih baik dari marah?


Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Kita sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau kita tidak bertaubat atas dosa kita ini, sudah pasti kita akan dihukum di akhirat kelak.
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.
Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.
Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.





Bagaimana mengubati sikap merajuk?


Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang".(Q.S 19 Maryam: 96)